Tuesday, February 15, 2011

YB Dato Haji Husam Musa di Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dan pelancaran dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie bertempat di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at,Pasir Mas































YB Dato Haji Husam Musa telah dijemput ke Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dan pelancaran dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie bertempat di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H

Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dimulai dengan solat hajat dan selawat di tingkat 2, masjid imam syafie yang belum siap sepenuhnya (dimimamkan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Nurudin Al-Banjari Al-Makki)


Para pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan bacaan burdah di dalam majlis ini.Ucapan dan tazkirah yang menusuk kalbu menerangi hati oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Nurudin Al-Banjari Al-Makki menyerikan majlis ini.

Turut berucap adalah Ustaz Mohammad Subki bin Abdul Rahman (Mudir Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at, Repek, Pasir Mas, Kelantan) serta ADUN Bukit Tuku, YB Haji Abd Fatah bin Haji Harun.

YB Dato Haji Husam Musa juga turut diberikan penghormatan oleh Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at untuk melancarkan dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie di atas pentas dengan menerima sumbangan derma dari para dermawan yang hadir di dalam majlis tersebut.

Bantuan kewangan, material dan sebarang bentuk sokongan kepada Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at amatlah dialu-aluka demi menjayakan cita-cita pendidikan bagi memenuhi tuntutan generasi Al-Quran serta mengekalkan Negeri Kelantan sebagai bumi Serambi Mekah


Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at
Jalan Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang,
Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan.
Tel/Faks: 09-790 5477
HP: 019-939 4185, 019-9559 856
Blog: www.mtdq.wordpress.com
Email : mtdq@iqmaju.com

Derma iklhas untuk pembangunan syiar Islam boleh dihulurkan melalui:

Bank: Bank Islam
No Akaun: 03027010032451
Nama akaun: MASJID IMAM SYAFIE

Thursday, February 10, 2011

Beita Germbira buat para peniaga kecil di Kelantan

KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.

Kerajaan cakno rakyat : Skim Al-It’am (Beras Percuma) untuk Rakyat Termiskin di Kelantan

Kelantan menerajui perubahan apabila melaksanakan agihan beras percuma secara bulanan kepada rakyat termiskin di negeri ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta dengan kerjasama Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Program yang dikenali sebagai Skim Al-It’am yang dilancarkan kelmarin oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat direalisasikan melalui setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila 100 keluarga akan menerima beras 10 kilogram bermula bulan ini.



Skim Al- It’am ini dimulakan di DUN Wakaf Bharu tahun lepas dan berjaya membantu keluarga miskin dalam DUN tersebut.

Sambutan yang begitu menggalakkan serta mendapat maklum balas positif di kalangan penerima, skim ini diperluaskan ke setiap DUN apabila peruntukan RM1.5 juta diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada November tahun lepas.

“Pelancaran skim ini sesuai sekali ketika rakyat dibebani dengan masalah kenaikan harga barangan yang teruk yang cukup memberi kesan kepada rakyat miskin.

“Dengan sumbangan beras sebanyak 10 kilogram daripada Kerajaan Negeri, walau pun hanya sumbangan kecil, tetapi ini langkah permulaan dan akan diperbesarkan lagi,

Senarai nama peserta akan disemak dan diselaraskan setiap enam bulan dan mana-mana penerima yang dikeluarkan dari e-TEGAR akan hilang kelayakan untuk menerima bantuan beras tersebut.

Hadir sama pada majlis pelancaran  Skim Al-It’am adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, , Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan; Dato Paduka Husam Musa

Friday, February 4, 2011

Tok Guru Bersama Rakyat Solat Hajat 4 Feb 2011 di Kota Bharu

Tok Guru Bersama Rakyat Solat Hajat 4 Feb 2011  di Kuliah Jumaat, Kota Bharu
tok guru menangis sewaktu berdoa
Negeri Kelate - Serambi Mekah

Thursday, February 3, 2011

Update: Video Inside - Revolusi Mesir 2011 - Kerajaan Negeri Kelantan Hantar RM120,000 Bantu Pelajarnya Di Mesir





KOTA BARU: Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bantuan itu yang dibawa bekas Pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Zulkifli Yaakob bertujuan membantu pelajar Kelantan membeli bekalan makanan."Bantuan itu untuk pelajar Kelantan yang dikatakan tidak cukup bekalan makanan dan dijangka tiba di Kaherah esok," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Saya juga harap rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat dan seberapa segara berikutan keadaan kian meruncing," kata Nik Abdul Aziz yang turut meminta Presiden Mesir Hosni Mobarak tunduk kepada tuntutan rakyat negaranya agar berundur bagi memulihkan keadaan. - BERNAMA

Wednesday, February 2, 2011

UMNO perlu kembali kepada Islam - Tok Guru

UMNO perlu kembali kepada Islam - Tok Guru Nik Abdul Aziz


Revolusi Mesir: Husam Cadangkan Selamatkan segera rakyat kelantan / malaysia di Mesir

 
Kota Bharu, Kelantan , 2 Februari 2011 - Kerajaan negeri Kelantan yang prihatin akan kebajikan rakyat kelantan di negara Mesir yang sedang bergolak telah menghantar bantuan segera kepada warga kelantan yang khasnya  terdiri dari pelajar, pekerja di Mesir.

Seorang wakil Kerajaan negeri Kelantan telah berlepas ke Mesir untuk menyampaikan bantuan tersebut.bantuan adalah berupa kewangan untuk membeli makanan dan keperluan asas semasa berlakunya revolusi di Mesir pada masa sekarang.

MB Kelantan, Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, TMB, Dato Mohammad Yaakob dan Exco Kebajikan dan YB Dato Haji Husam Musa selaku Exco Kebajikan dan Perancangan Ekonomi Negeri berada di lapangan terbang antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk mengiringi wakil kerajaan negeri kelantan ke Mesir dengan menaiki penerbangan ehsan Air Asia ke Mesir pada jham 3 petang, hari rabu, 2 Februari

YB Dato Haji Husam Musa mencadangkan kepada kerajaan malaysia agar warga kelantan dan malaysia segera dipindahkan ke negara jiran mesir seketika sebelum pulang ke tanah air jika tiada penerbangan antarabangsa dari kaherah ke malaysia - Kelate Today Blogspot